Perkampungan Hang Tuah, Kg Duyong Melaka
Antara tarikan terbaru Negeri Melaka ialah Perkampungan Hang Tuah. Ia telah dibuka pada tahun 2013 di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyong Melaka. Kawasan in terletak tidak jauh daripada kawasan perigi Hang Tuah yang sudah pun menjadi salah satu tempat tarikan pelancung.
Perkampungan ini mempunyai enam bangunan berbentuk rumah Melayu traodisional iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat. Ia merupakan pusat infomasi berkaitan dengan lima pahlawan Melaka yang ulung ini dan zaman kegemilangannya.