Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik utama dilengkapi dengan penghawa dingin (Air-conditioned).
Kemudahan yang baru ditambah ialah bilik utama yang dilengkapi dengan Air-cond dan kipas siling untuk keselesaan pengunjung Su Homestay Seri Duyung Melaka.
Su Homestay Seri Duyung ( TIDAK BEROPERASI LAGI)
HOMESTAY YANG SELESA UNTUK PENGINAPAN BERSAMA KELUARGA. LOKASI YANG STRATEGIK, BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS, TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN YANG MENJADI TARIKAN PENGUNJUNG DAN PELANCONG KE MELAKA.
Tuesday, August 12, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Tempat Sejarah
Perkampungan Hang Tuah, Kg Duyong Melaka
Antara tarikan terbaru Negeri Melaka ialah Perkampungan Hang Tuah. Ia telah dibuka pada tahun 2013 di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyong Melaka. Kawasan in terletak tidak jauh daripada kawasan perigi Hang Tuah yang sudah pun menjadi salah satu tempat tarikan pelancung.
Perkampungan ini mempunyai enam bangunan berbentuk rumah Melayu traodisional iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat. Ia merupakan pusat infomasi berkaitan dengan lima pahlawan Melaka yang ulung ini dan zaman kegemilangannya.
Monday, May 12, 2014
Email tempahan anda
Hantar pesanan kepada Sue Homestay:
Sunday, February 2, 2014
Perigi Hang Tuah
Antara tempat menarik di Melaka untuk dilawati ialah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyung.
Ramai juga pelawat yang mengambil air perigi tersebut dan dimasuk ke dalam botol untuk dibawa balik. Tidak pasti apakah kelebihan air erigi ini selain rasanya sejuk dan nyaman walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Masih ingat lagi, kata orang tua-tua, perigi yang dindingnya daripada batu selalunya mempunyai air yang sejuk dan menyegarkan lebih-lebih lagi perigi tersebut berbumbung kerana airnya teduh daripada sinaran matahari.
Berhampiran dengan perigi Hang Tuah terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka. Ia terletak di belakang surau. Ia adalah sebuah rumah kampung yang telah dikekalkan untuk tujuan pelancongan. Untuk memasuki dan bergambar di dalam rumah tersebut pelawat perlu membeli tiket.
Selain itu, di sekitar kawasan perigi Hang Tuah terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai barangan cenderamata. Juga terdapat sebuah surau dan dewan untuk berbagai kegunaan seperti kursus dan majlis tertentu.

Rumah tradisional Melayu Melaka
Tangga batu rumah Melaka
Selain itu, di sekitar kawasan perigi Hang Tuah terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai barangan cenderamata. Juga terdapat sebuah surau dan dewan untuk berbagai kegunaan seperti kursus dan majlis tertentu.
Gerai-gerai cenderahati
Surau
Dewan dengan rekabentukl sebuah rumah
Tuesday, November 5, 2013
Persekitaran
Persekitaran Homestay
Bersebelahan dengan kebun sayur yang menghijau, udara yang nyaman tidak terasa panas walaupun ditengahari.
Ditanam pokok-pokok disekitar dalam kawasan Su Homestay Seri Duyung untuk menghijaukan persekitaran. Pokok Pisang, kelapa, ubi, keladi dan lain-lain.

Thursday, October 3, 2013
Tempat Sejarah
Perigi Hang Tuah
Kg Duyung terkenal dalam sejarah Melaka sebagai kampung kelahiran dan tempat tinggal HangTuah, Laksamana dan pahlawan terbilang di zaman kesultanan Melaka. Tinggalan yang ada di Kg Duyung yang dikaitkan dengan Laksamana tersebut ialah Perigi Hang Tuah. Menurut pendapat, perigi ini telah digali sendiri oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri.
Airnya dikatakan sentiasa jernih dan dingin, malah dikatakan tidak pernah kering walaupun diwaktu musim kemarau. Perigi ini dijaga dan diselia sebagai salah satu tempat sejarah dan untuk dikunjungi oleh pelawat yang datang ke negeri Melaka
Perigi Hang Tuah
Subscribe to:
Posts (Atom)