Antara tempat menarik di Melaka untuk dilawati ialah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyung.
Ramai juga pelawat yang mengambil air perigi tersebut dan dimasuk ke dalam botol untuk dibawa balik. Tidak pasti apakah kelebihan air erigi ini selain rasanya sejuk dan nyaman walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Masih ingat lagi, kata orang tua-tua, perigi yang dindingnya daripada batu selalunya mempunyai air yang sejuk dan menyegarkan lebih-lebih lagi perigi tersebut berbumbung kerana airnya teduh daripada sinaran matahari.
Berhampiran dengan perigi Hang Tuah terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka. Ia terletak di belakang surau. Ia adalah sebuah rumah kampung yang telah dikekalkan untuk tujuan pelancongan. Untuk memasuki dan bergambar di dalam rumah tersebut pelawat perlu membeli tiket.
Rumah tradisional Melayu Melaka
Tangga batu rumah Melaka
Selain itu, di sekitar kawasan perigi Hang Tuah terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai barangan cenderamata. Juga terdapat sebuah surau dan dewan untuk berbagai kegunaan seperti kursus dan majlis tertentu.
Gerai-gerai cenderahati
Surau
Dewan dengan rekabentukl sebuah rumah
No comments:
Post a Comment