Tuesday, August 12, 2014

Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik utama dilengkapi dengan penghawa dingin (Air-conditioned).

 Kemudahan yang baru ditambah ialah bilik utama yang dilengkapi dengan Air-cond dan kipas siling untuk keselesaan pengunjung Su Homestay Seri Duyung Melaka.




Tuesday, August 5, 2014

Kemudahan yang turut disediakan adalah:

Peti sejuk

Cerek dan periuk elektrik




Tuesday, May 27, 2014

Tempat Sejarah

Perkampungan Hang Tuah, Kg Duyong Melaka

Antara tarikan terbaru Negeri Melaka ialah Perkampungan Hang Tuah. Ia telah dibuka pada tahun 2013 di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyong Melaka. Kawasan in terletak tidak jauh daripada kawasan perigi Hang Tuah yang sudah pun menjadi salah satu tempat tarikan pelancung. 


Perkampungan ini mempunyai enam bangunan berbentuk rumah Melayu traodisional iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat. Ia merupakan pusat infomasi berkaitan dengan lima pahlawan Melaka yang ulung ini dan zaman kegemilangannya.





  




Monday, May 12, 2014

Email tempahan anda

Hantar pesanan kepada Sue Homestay:

Nama:

No. H/P:

E-mail:


Tempoh:

Check In:

Check Out:


Komen / Pertanyaan (jika ada):




Jika tiada sebarang "reply" selepas 1 hari, sila hantar SMS / Whatsapp ke 013-330 4165

Sunday, February 2, 2014

Perigi Hang Tuah

Antara tempat menarik di Melaka untuk dilawati ialah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyung.



Ramai juga pelawat yang mengambil air perigi tersebut dan dimasuk ke dalam botol untuk dibawa balik. Tidak pasti apakah kelebihan air erigi ini selain rasanya sejuk dan nyaman walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Masih ingat lagi, kata orang tua-tua, perigi yang dindingnya daripada batu selalunya mempunyai air yang sejuk dan menyegarkan lebih-lebih lagi perigi tersebut berbumbung kerana airnya teduh daripada sinaran matahari.

Berhampiran dengan perigi Hang Tuah terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka. Ia terletak di belakang surau. Ia adalah sebuah rumah kampung yang telah dikekalkan untuk tujuan pelancongan. Untuk memasuki dan bergambar di dalam rumah tersebut pelawat perlu membeli tiket.

 Rumah tradisional Melayu Melaka
 
Tangga batu rumah Melaka 


Selain itu, di sekitar kawasan perigi Hang Tuah terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai barangan cenderamata. Juga terdapat sebuah surau dan dewan untuk berbagai kegunaan seperti kursus dan majlis tertentu.


 

 Gerai-gerai cenderahati
 Surau

 Dewan dengan rekabentukl sebuah rumah